Jumaat, 28 Mei 2010

Hari yang Semakin Pantas Berlalu..

Pejam mata, buka mata, pejam lagi dan buka, hari yang ditunggu pun dah berlalu.. Sedar tak sedar, hari-hari yang kita lalui, semakin bergerak laju. Kelajuannya seperti ion-ion kilat petir yang menyambar bumi ini..

Aku terdengar perbualan emak aku dengan sorang mak cik ni tadi petang. Topik nya tentang kematian seorang yang boleh dikatakan berkait rapat diantara emak aku dan mak cik tersebut.. Dialog ini telah menyentuh pemikiran ku tentang hari dan masa: "sedar tak sedar, dah 2 tahun arwah meninggal yek"..
Aku mengimbas kembali tentang arwah yang pernah aku kenali.. Ya,mmg betul apa yang dikatakan, tapi aku merasakan seolah-olah baru beberapa bulan lalu aku mendengar tentang kematiaannya.. Tak sangka, rupanya 2 tahun telah berlalu sejak dari hari kematian arwah tersebut..
Sekelip aku memejam mate kuat-kuat dan menarik nafas panjang, menghela ke udara dan pergi melihat langit yang terbentang luas. Aku melihat kepulan awan yang masih cerah..
Sekarang sudah petang..
Lepas ini malam, langit akan berubah hitam dan hanya ditemani cahaya bulan dan bintang..
Esok..
Lusa....
Semuanya hari-hari yang bakal aku lalui..

Pejam mata, buka mata, pejam lagi dan bika, hari-hari yang mendatang semakin memotong umur dan hayat kita di dunia sebenarnya.. Malah, sedar ke? Ia semakin laju dan pantas..
jam terasa minit. .
minit terasa saat. .
Jarum jam yang dulu kala berdetik lambat, kini adalah sebaliknya..
Hari semakin pantas berlalu..
Hari sedang pantas berlalu anyways..
Isnin..Selasa...Rabu...Khamis...Jumaat...Sabtu...Ahad..
bersilih ganti. Apa yang tersirat ialah, sejauh mana kita ada di dalam hari-hari tersebut..

Kesedaran. Itulah yang aku harapkan.
Hanya untuk hari ini kepada hari esok.